.

Isnin, 6 Disember 2010

Nikmat Wanita dalam Syurga

1)Allah Memberi Kepingan-kepingan Emas kepada Wanita-wanita Solehah

2)Allah Memilih Wanita Yang Bersedekah Untuk Mendiami Syurga.

3)Allah Hanya Memilih Lelaki dan wanita Yang Beramal Soleh Sahaja Mendiami Syurga.

4) Wanita Solehah Akan Mendiami Syurga Dalam Keadaan Yang Sungguh Aman Dan Damai Serta Kekal Di Dalam Syurga Nikmat Allah..

5)Wanita Yang Paling Bersifat Pemalu terlebih dahulu memasuki Syurga.
Allah Telah Membina Tempat Khusus dalam Syurga Untuk Wanita Solehah.
Allah Menganugerahkan Syurga kepada wanita yang tidak menimbulkan fitnah pada kaum lelaki dengan kelebihan yang ada pada mereka.
Allah memberi peluang kepada wanita Solehah untuk mendiami dalam Syurga bersama suaminya tercinta.

4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:
  1. Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
  2. Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
  3. Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
  4. Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.

19 HADIS TENTANG WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Wanita Solehah Harta Paling Bernilai Di Dunia dan Akhirat

Rasulullah Saw. Bersabda :
”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” (HR. an-Nasa’I dan Ahmad)
Di dalam Islam, peranan seorang isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan rumahtangga dan peranannya yang sangat diperlukan ialah keperluan untuk memilih kualiti yang baik sehingga boleh menjadi seorang isteri yang baik. Pemahamannya, perkataaannya dan kecenderungannya, semua dihalakan untuk mencapai keredhaan Allah Swt., Tuhan semesta Alam. Ketika seseorang isteri membahagiakan suaminya yang pada akhirnya, hal tersebut adalah untuk mendapatkan keredhaan dari Allah Swt. sehingga dia (seorang isteri) berkeinginan untuk melakukannya.
Kualiti seseorang isteri hendaklah memenuhi sebagaimana yang disukai oleh penciptaNya yang tersurat dalam surat Al-Ahzab. Seorang Wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya semasa ketiadaan suami di rumah, mempertahankan nilai-nilai (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa berada dalam pujian Allah Swt.
Ketika seseorang Wanita Muslimah berkahwin (menjadi seorang isteri) maka dia wajib mengetahui bahawa dia memiliki peranan yang khusus dan pertanggungjawapan dalam Islam kepada penciptaNya, Allah Swt. menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran:

Ubahlah..


Ketika bebas di alam remaja,
impianku tidak mengenal batasan - aku ingin MENGUBAH DUNIA
Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang, kusedari.. rupanya dunia tidak akan berubah. Lalu aku bataskan jangkauan. Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA. Namun ini juga tidak kesampaian..
Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat. Malangnya.. mereka juga tidak mampu ku ubah. Kini, di pembaringan menanti maut, baru ku sedari.. (mungkin buat pertama kali)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI - dengan menunjukkan teladan yang baik, pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas.. dengan sokongan dan dorongan semangat mereka, pasti aku mampu MENGUBAH NEGARA..
Dan siapa tahu.. Mungkin juga aku mampu MENGUBAH DUNIA

Untukmu Wanita..


Untukmu WANITA...

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah..
Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....
umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun. ....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada .......

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua kaum muslim yang tinggal serata dunia, dengan harapan hidup kita bertambah baik daripada sebelum nya...dengan mencari keredhaan Ilahi. sesungguh nya Allah tidak melihat seseorang itu pada paras rupa, fizikal mahu pun kekayaan yang banyak tetapi keteguhan iman dan tunduk dan patuh dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah, itulah sebaik-baik manusia yang paling hampir dengan Allah....semoga kita tergolong dalam kalangan tersebut...tegakkan lah agama Allah atas dasar islam untuk mencari keredhaan Allah...Allahuakhbar.....