Kau hadir dalam hidupku
Kau bagaikan pembentuk buat diriku
Yang melingkari hidupku
Biar pun hidup ku serba kekurangan
Hati bagaikan bersatu dalam mengisi kegembiraan
Itulah hatiku
Aku sentiasa yakin dan pasti
Tanpamu disisi hidupku tak bererti…
Akhirnya aku mengerti dan pasti
Aku jumpa dengan apa yang aku cari
Seseorang untuk dicintai
Untuk berpaut
Untuk menjadi inspirasiku
Seseorang untuk di belai dan
Untuk ku hargainya dalam hidupku…
Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada hadrat Ilahi
Kerana menemukan aku dengan dirimu
Biar pun diri ku jauh berada
Namun hatiku tetap bersama mu
Kekasih, mengertilah dikau ada sekelumit rindu
Biarpun tiada dikau tahu
Sering diri dalam kerinduan
Menyapa cinta hati milikmu
Takdir telah menentukan
Ku berserah kepada yang Maha Esa
namun setiap kali ku ingatkan pada diri ku
Berdoalah selalu
agar takdir menetukan kita bersama
Kerana dirimu…
Yang membuat aku tersenyum hari ini..
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…
saya sdeyh baca nie... semga Allah sentiasa merahmati awk..
BalasPadam