Selamat datang saya ucapkan kepada pembaca sekalian...terima kasih atas kesudian anda ke blog ini.hidup ini penuh dengan cabaran dan setiap cabaran pasti ada hikmatnya.
.
Selasa, 19 Oktober 2010
WASIAT OSMAN GAZI KEPADA ANAKNYA ORHAN
Ketika gering di pembaringan, Sultan Osman Gazi telah menyampaikan wasiatnya yang menjadi garis panduan dan ikutan para Sultan yang meneruskan teraju pemerintahan Osmaniyyah selepasnya. Wasiat yang disampaikan kepada anaknya Orhan (Orkhan) Gazi itu telah dicatat oleh muarrikh (pencatat sejarah) bernama Asik Celebi (Aa-shik Chelebi). Wasiatnya berbunyi:
“Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan
, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama’ untuk mencari jalan penyelesaian”
“Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah…”
“Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh…”
“Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!”
Nasihat inilah yang menjadikan pemerintah Osmaniyyah sangat menitik beratkan ilmu dan institusi keilmuan, tentera dan institusi ketenteraan. Mereka juga sangat memuliakan ulama serta memelihara kewajipan jihad. Di bawah bendera Osmaniyyah itulah, sinaran Islam tersebar sehingga ke segenap penjuru alam; cemerlang memancar dari tembok Vienna di Austria sehinggalah ke tangan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu dan pendukung revolusi petani menentang penjajahan British.
Institusi ulama sangat penting kepada sekalian pemerintah Bani Osman. Gandingan ulama seperti Sheikh Ak Semsettin itulah yang menghasilkan Sultan Muhammad al-Fatih yang kemudiannya menawan Constantinople pada tahun 1453. Bahkan konspirasi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II itu pun terpaksa menggunakan ‘fatwa’ oleh Sheikh Hamdi Afandi Mali disebabkan oleh sentimen masyarakat yang tidak mungkin merestui sebarang tindakan yang tidak mendapat lampu hijau para Ulama.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan