.

Isnin, 6 Disember 2010

Nikmat Wanita dalam Syurga

1)Allah Memberi Kepingan-kepingan Emas kepada Wanita-wanita Solehah

2)Allah Memilih Wanita Yang Bersedekah Untuk Mendiami Syurga.

3)Allah Hanya Memilih Lelaki dan wanita Yang Beramal Soleh Sahaja Mendiami Syurga.

4) Wanita Solehah Akan Mendiami Syurga Dalam Keadaan Yang Sungguh Aman Dan Damai Serta Kekal Di Dalam Syurga Nikmat Allah..

5)Wanita Yang Paling Bersifat Pemalu terlebih dahulu memasuki Syurga.
Allah Telah Membina Tempat Khusus dalam Syurga Untuk Wanita Solehah.
Allah Menganugerahkan Syurga kepada wanita yang tidak menimbulkan fitnah pada kaum lelaki dengan kelebihan yang ada pada mereka.
Allah memberi peluang kepada wanita Solehah untuk mendiami dalam Syurga bersama suaminya tercinta.

4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:
  1. Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
  2. Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
  3. Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
  4. Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.

19 HADIS TENTANG WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Wanita Solehah Harta Paling Bernilai Di Dunia dan Akhirat

Rasulullah Saw. Bersabda :
”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” (HR. an-Nasa’I dan Ahmad)
Di dalam Islam, peranan seorang isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan rumahtangga dan peranannya yang sangat diperlukan ialah keperluan untuk memilih kualiti yang baik sehingga boleh menjadi seorang isteri yang baik. Pemahamannya, perkataaannya dan kecenderungannya, semua dihalakan untuk mencapai keredhaan Allah Swt., Tuhan semesta Alam. Ketika seseorang isteri membahagiakan suaminya yang pada akhirnya, hal tersebut adalah untuk mendapatkan keredhaan dari Allah Swt. sehingga dia (seorang isteri) berkeinginan untuk melakukannya.
Kualiti seseorang isteri hendaklah memenuhi sebagaimana yang disukai oleh penciptaNya yang tersurat dalam surat Al-Ahzab. Seorang Wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya semasa ketiadaan suami di rumah, mempertahankan nilai-nilai (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa berada dalam pujian Allah Swt.
Ketika seseorang Wanita Muslimah berkahwin (menjadi seorang isteri) maka dia wajib mengetahui bahawa dia memiliki peranan yang khusus dan pertanggungjawapan dalam Islam kepada penciptaNya, Allah Swt. menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran:

Ubahlah..


Ketika bebas di alam remaja,
impianku tidak mengenal batasan - aku ingin MENGUBAH DUNIA
Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang, kusedari.. rupanya dunia tidak akan berubah. Lalu aku bataskan jangkauan. Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA. Namun ini juga tidak kesampaian..
Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat. Malangnya.. mereka juga tidak mampu ku ubah. Kini, di pembaringan menanti maut, baru ku sedari.. (mungkin buat pertama kali)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI - dengan menunjukkan teladan yang baik, pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas.. dengan sokongan dan dorongan semangat mereka, pasti aku mampu MENGUBAH NEGARA..
Dan siapa tahu.. Mungkin juga aku mampu MENGUBAH DUNIA

Untukmu Wanita..


Untukmu WANITA...

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah..
Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....
umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun. ....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada .......

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua kaum muslim yang tinggal serata dunia, dengan harapan hidup kita bertambah baik daripada sebelum nya...dengan mencari keredhaan Ilahi. sesungguh nya Allah tidak melihat seseorang itu pada paras rupa, fizikal mahu pun kekayaan yang banyak tetapi keteguhan iman dan tunduk dan patuh dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah, itulah sebaik-baik manusia yang paling hampir dengan Allah....semoga kita tergolong dalam kalangan tersebut...tegakkan lah agama Allah atas dasar islam untuk mencari keredhaan Allah...Allahuakhbar.....

Ahad, 5 Disember 2010

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita


*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian, 
apalagi jika kalian diamanahkan Allah 
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.




Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.




Kami juga sulit menahan 
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah 

bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh 
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar 
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.


Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

Lelaki Di Zaman Ini


\
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

Lelaki..Dulu dan Kini



Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka Yahudi

Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini..
Ribuan wanita suci terpenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini..
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu..
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh
Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini..
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku..
Kembalilah pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki yang dulu
Lelaki Acuan Madrasah Rasul
petikan dari novel '' Syabab Musafir Kasih ''

duhai wanita


wanita hiasan dunia. seindah hiasan adalah wanita solehah




Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: 

“Saya bersama-sama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah, maka kami temui Nabi sedang menangis. Kami bertanya kepada Nabi s.a.w.: 

“Apakah yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?” 

Nabi menjawab: “Pada malam aku di-isra’kan ke langit, aku melihat orang-orang sedang mengalami seksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”. 

Isnin, 8 November 2010

Gambaran Hari Qiamat


[Image: 76715_156359701072834_151038798271591_25...1031_n.jpg]
SEKADAR HIASAN


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selasa, 2 November 2010

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

Rabu, 27 Oktober 2010

Final exam dah tiba....

Bermula la hari yang di nanti telah tiba, perasaan gemuruh dan berdebar mula di rasai oleh setiap student yang akan menghadapi final exam. namun perasaan tersebut perlu di tangani dan berasa yakin bahawa setiap usaha yang kita lakukan sebelum ini akan membuahkan hasil yang baik kepada kita. Disamping itu juga dorongan dan kata-kata semangat daripada ibu dan bapa perlu di ambil berat dan perhatian bahawa setiap kata-kata  meraka adalah doa kepada kita untuk berjaya dengan cemerlang.

Isnin, 25 Oktober 2010

Tanda-tanda cinta

Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahwa cinta mempunyai tanda-tanda.Pertama, ketika mereka saling mencintai maka mereka tidak akan pernah saling mengkhianati walau sekalipun. Mereka akan saling setia sentiasa, memberikan semua komitmen mereka.
Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan, tidak ada yang merasa lebih berkuasa.
Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak akan mahu berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun jasad mereka berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung. Isterinya akan sentiasa mendoakan agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan, serta mendoakan suami supaya sentiasa dalam perlindunganNya, tidak tergelincir imannya. Juga ada ingatan suami yang sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta, sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia.

Rabu, 20 Oktober 2010

Kisah rumput & Orang yang disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Seseorang yang mencintai....

Kau hadir dalam hidupku
Kau bagaikan pembentuk buat diriku
Yang melingkari hidupku
Biar pun hidup ku serba kekurangan
Hati bagaikan bersatu dalam mengisi kegembiraan
Itulah hatiku
Aku sentiasa yakin dan pasti
Tanpamu disisi hidupku tak bererti…

Selasa, 19 Oktober 2010

study week......

Pada kali ini ingin saya menceritakan serba sedikit mengenai minggu belajar yang di lalui khususnya kepada student university....hehehe. seperti yang kita tahu study week ini waktu yang diperuntukkan kepada student untuk mengulang kaji @ menelaah pelajar yang kita belajar sepanjang semester ini...tetapi memandangkan cuti nya agak lama, kiranya hampir 2 minggu, kebanyakan student mengambil peluang ini untuk balik ke kampung halaman atau melancong ke tempat peranginan dan seumpannya...




berbalik kepada study week ini, beberapa aktiviti yang biasa dilakukan sebilangan student U. pada pendapat anda semua yang sedang membaca, agak-agak la ape aktiviti harian budak-budak ni????

WASIAT OSMAN GAZI KEPADA ANAKNYA ORHAN




Ketika gering di pembaringan, Sultan Osman Gazi telah menyampaikan wasiatnya yang menjadi garis panduan dan ikutan para Sultan yang meneruskan teraju pemerintahan Osmaniyyah selepasnya. Wasiat yang disampaikan kepada anaknya Orhan (Orkhan) Gazi itu telah dicatat oleh muarrikh (pencatat sejarah) bernama Asik Celebi (Aa-shik Chelebi). Wasiatnya berbunyi:
Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan

Fikirlah.....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

kehidupan di kampus....

assalamualaikum.....dahulunya saya memohon maaf kerana terlalu lama tidak berblog...atas sebab sibuk dengan kerja harian sebagai student...kali ini saya ingin berkongsi kehidupan di kampus.tidak kira la dimana jua asalkan bergelar student.....kita semua tahu bahawa masa belajar la masa yang penuh dengan nikmat dan keseronokan bersama dengan rakan-rakan kita yang lain....tetapi dalam masa yang sama dugaan dan cabara menyusuri kita dari belakang dengan kerja-kerja dan assignment yang banyak untuk di siapkan. amat memenatkan dan terasa beban yang berat memikul atas badan kita. jadi disini saya ingin berkongsi kehidupan seharian sebagai student di kampus....

antara kekasih & kawan

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.
Solat Subuh adalah solat yang amat berat dikerjakan. Rasulullah menyatakan bahawa orang munafik sentiasa merasa berat dan susah untuk mengerjakan solat subuh sedangkan ia jelas mempunyai manfaat kesihatan. Antara manfaat solat subuh adalah memastikan keseimbangan kadar serotonin yang mengawal komunikasi antara sel saraf dan mengawal kadar hormon kortisol yang membantu metabolisme gula

Alhamdulilah...panjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi


Maka dengan penerangan yang dinyatakan oleh Rasulullah, amat rugi la kita jika tidak mencuri peluang dan nikmat yang dikurniakan Allah kepada hambanya...

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keredhaannya

Berdoalah agar di terima olehNya

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Mutiara kata buat renungan bersama....

  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

  • Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
  • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
  • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
  • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
  • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Jom pergi trip ke Melaka.....hehehe

Pada semester ini student part ap116 diploma bangunan akan mengadakan lawatan ke sebuah negeri yang di katakan bersejarah pada zaman dahulu hingga sekarang....ia tidak asing ag iaitu melaka bandaraya bersejarah.banyak aktiviti yang diadakan semasa kami berada di sana antaranya.